AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA
  Perutusan Pengarah
 





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka laman web ini berjaya dibangunkan.
Laman web ini merupakan pemangkin kepada kesungguhan pegawai mengendalikan kursus yang dirancang sepanjang tahun ini.

AIMM di dalam mengorak langkah menjadi sebuah institusi latihan yang cemerlang telah menyediakan beberapa pelan kualiti. Bagi tahun 2009 ini, AIMM akan menjalankan beberapa 'road show' di negeri-negeri terpilih. Ianya bertujuan mendedahkan dan mempromosi laman web rasmi AIMM kepada warga imigresen khususnya. 

Di dalam pergolakan dunia sekarang, AIMM mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan pegawai-pegawai imigresen terlatih dan mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh jabatan dan negara.

Saya amat berharap agar AIMM terus maju dan berupaya mencapai matlamat menjadikan pusat pengajian utama warga imigresen


Nor Hamran bin Hussein
Pengarah
Akademi Imigresen Malaysia

 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free