Akademi Imigresen Malaysia atau lebih dikenali sebagai AIMM ditubuhkan pada 15 Ogos 2001. Bangunan
utama AIMM dibeli dari Syarikat Orchard Legacy Sdn Bhd dan dahulunya dikenali sebagai Hotel Nuri.
Majlis menandatangani penyerahan Hotel Nuri diadakan di Dewan Besar AIMM.
Y.Bhg Dato' Mohd Jamal bin Kamdi, Mantan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan Y.Bhg Dato' Haji Abdul
Kayoom Mustakim selaku Pengerusi Syarikat Orchard Legacy Sdn Bhd telah menandatangani dokumen
penyerahan dengan disaksikan oleh Y.Brs Tuan Haji Tasnim bin Othman, Mantan Timbalan Ketua Pengarah
Imigresen. Hadir sama adalah Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan I
migresen seramai 200 orang.
Dengan termeterinya perjanjian penyerahan aset pada 15 Ogos 2001, maka dengan rasminya AIMM ditubuhkan
dengan aset RM38 juta.
Bagi menjayakan penubuhan dan operasi awal AIMM, satu jawatankuasa penyelaras diketuai oleh Mantan
Penolong Pengarah Bahagian Latihan iaitu En Wan Zakaria bin Wan Awang telah dibentuk. AIMM mula
beroperasi pada Julai 2002. Bermula dari 4 orang perintis, kini AIMM mempunyai 55 orang pegawai dan
kakitangan.
Pada 18 Disember 2003 bersamaan 24 Syawal 1424H, Akademi Imigresen Malaysia telah dirasmikan
oleh Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri iaitu Y.Bhg Tan Sri Dato Seri Dr Aseh bin Haji Che Mat.
|