AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA
  Maklumat Korporat
 

OBJEKTIF AIMM

Memberi latihan pembangunan sumber manusia bagi mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta memupuk sikap positif di kalangan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia supaya lebih berupaya menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan

FUNGSI UTAMA AIMM

Merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai program latihan pembangunan sumber manusia untuk pegawai-pegawai imigresen dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia

PIAGAM PELANGGAN

Semua warga kerja AIMM dengan penuh iltizam akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan program latihan kepada anggota Jabatan Imigresen Malaysia ke arah membangunkan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional. Kami memperakukan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:

1. menerima latihan yang berkesan melalui pendekatan yang komprehensif dan penyelarasan kursus yang cekap dan mesra
2. dapat menggunakan segala kemudahan latihan serta peralatan yang efisien serta suasana penginapan yang selesa dan sempurna
3. disajikan dengan makanan yang berkhasiat dan bermutu dalam persekitaran kondusif, indah dan bersih
4. menerima perkhidmatan yang terbaik serta layanan mesra, adil saksama dan ikhlas

 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free